Labor Day Kisah Pengorbanan Ibu Tunggal

Labor-Day kisah pengorbanan ibu tunggal

Bagi anda pastinya ada yang meminati filem-filem mengenai kisah pengorbanan seorang ibu tunggal.

Maka dengan itu, Jason Reitman bersetuju untuk menghasilkan sebuah filem bertajuk Labor Day yang diadaptasi dari sebuah novel bertajuk sama.

Filem Labor Day diadaptasi dari karya Joyce Maynard ini megisahkan tentang tekanan seorang ibu tunggal, Adele yang terpaksa membesarkan anak tunggalnya secara bersendirian iaitu Henry yang berusia 13 tahun.

Adele mengalami rasa takut yang melampau dimana membuatkan dia berasa takut untuk menampilkan dirinya selalu. Satu hari ketika bercuti, seorang banduan yang melarikan diri daripada penjara datang pada Adele dalam keadaan kesan kecederaan yang seruis.

Lama-kelamaan, Adele mula jatuh cinta dengan lelaki itu. Adele merancang untuk hidup bersama. Namun Henry cuba memerangkap lelaki itu akibat dari pengaruh rakan-rakannya.

Pelbagai peristiwa terjadi selepas itu. Bagi anda, jangan lepaskan untuk menonton file mini yang sarat dengan nilai kasih sayang.Turut mengandungi mesej kepada kita untuk saling menghormati antara satu sama lain, slaing mempercayai dan menghargai setiap insane yang ada dalam hidup kita.

Filem Labor Day menampilkan pelakon cantik Kate Winslet dan Josh Brolin sebagai watak utama.

Watak Adele juga berjaya dibawa dengan baik sekali sehingga membuatkan penonton akan merasai simpati kepadanya.

Bagi anda yang meminati kisah sebegini, jangan lepaskan peluang untuk menonton bersama keluarga di pawagam berdekatan nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments