Lagu Keranamu MH370 Dari LY Baiduri

penulis lirik, LY, dan isterinya, BaiduriAtas insiden kehilangan pesawat MH370 milik Syarikat penerbangan Malaysia Airlines ( MAS ), penulis lirik dan juga komposer LY atau nama sebenar Rozman Shafie dan isterinya Baiduri, telah mencipta lagu khas yang membawa pendengar merasai naluri dan kata-kata semangat untuk keluarga yang terlibat.

Lagu Keranamu MH370 sudah pun siap dan dinyanyikan oleh Riz AF6 ( naib juara Akademi Fantasia ) kerana suara Riz yang sesuai dengan melodi lagu tersebut.

Sejak mengikuti perkembangan insiden itu, dia berasa cukup sedih malah salah seorang kenalannya juga ada di dalam pesawat tersebut.

Walaupun tidak dapat memberikan pertolongan, namun LY  dan isteri mencari inisiatif dengan menghasilkan lagu ini yang dapat memberikan semangat dan berdoa semoga mereka yang terlibat kembali dengan selamat.

Lirik lagu Keranamu MH370

Awan bisik padaku
Di mana dan ke mana
Dia pergi membawa kasih dan sayang

Tuhan tunjukkan tanda
Pada kami yang alpa
Segala terjadi menjadi misteri

Di situ ada cinta
Di situ ada ria
Masih dalam ingatan
Sebahagian dadaku

Di mana kau berada
Dengan siapa kau bersama
Ketahuilah
Aku merinduimu

Bergemerlap langit ke tujuh
Dengan doa-doa pasrah
Namun mengharap ihsan kepulangamu

Ku mimpikan kau sejahtera
Inginkan selamat selamanya
Kembali ke pangkuan keluarga tercinta
Kembalilah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments