Lu, Gua, Bro Cerita Budak Kampung

lu gua bro cerita budak kampung

Satu filem komedi menarik yang sesuai untuk ditonton semua bertajuk Lu, Gua, Bro gandingan mantap Zalif Sidek dan Epy Kodiang bakal menemui penonton.

Filem ini mengisahkan perjalanan kisah suka duka dua sahabat iaitu Yu (Zalif Sidek ) dan Mi ( Epy Kodiang ) berasal dari kampung dan lahir pada hari yang sama.

Dari kecil sehingga dewasa, mereka tetap bersama. Malah impian mereka juga adalah untuk menjadi seorang polis. Kedua orang tua mereka juga turut menginginkan mereka menjadi anggota polis.

Suatu hari, Yu dan Mi  bertemu di sebuah kilang tempat Mi bekerja setelah setahun tidak berjumpa. Mi bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Yu yang lari dari pengedar dadah menemui Mi di dalam stor kilang tersebut. Rupanya kilang tempat Mi bekerja merupakan tempat aktitivi pengedaran dadah. Yu dan Mi cuba melaporkan perkara itu kepada polis namun dihalang oleh pengedar dadah.

Berlaku pergelutan dan membuatkan Yu dan Mi naik ke tingkat atas bangunan kilang untuk menyelamatkan diri. Ketika sedang berlari, Yu tergelincinr dan disambut oleh Mi yang hampir jatuh.

Yu menjadi hampir putus asa tetapi diredakan oleh Mi yang memberikan kata-kata semangat sehinggalah dia menceritakan kisah silam mereka bagaimana  mereka begitu bersemangat dalam apa jua urusan dan tabah menghadapi ujian bersama.

File Lu, Gua, Bro ini memaparkan kisah kehidupan budak kampung zaman ini. Filem ini juga menampilkan pelakon  Rahim R2 dan Nina Iskandar dan diarahkan oleh Ismail Bob Hasim.

Jangan lupa, untuk menyaksikan filem menarik ini di pawagam berdekatan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments