Maya Karin Tampil Dengan Teka-Teki

Maya Karin Teka-Teki
Maya Karin kini tampil pula dengan album terbaru yang bertajuk ‘TEKA-TEKI’.

Album ini memuatkan 7 buah lagu seperti Bintang Syurga, Logika, Tersenyum, Teka-Teki, Titi Rahsia, Selamat Tinggal Cinta dan juga Hanya Sebentar.

Jika dulu single hit ‘ERTI CINTA’ lebih kepada melodi yang perlahan dan mendayu dayu, kini Maya Karin muncul dengan nafas baru dengan membuat perubahan dari sudut pembawaan lagu di dalam album ini.

Para pendengar akan terbawa bawa akan muzik yang ditampilkan menerusi album ini dan mampu mengajak para pendengar untuk turut menyanyi bersama.

Setiap bait lirik dengan iringan muzik yang disusun rapi ini mempersembahkan album ini dalam mood yang segar dan ceria.

Suara Maya Karin juga boleh diklasifikasikan sebagai suara yang boleh membuat pendengar cair dengan nyanyiannya, ini kerana pembawakan lagu ini oleh beliau kedengaran sangat menarik dan sangat bersesuaian dengan dirinya.

Jangan lupa untuk dapatkan album ini yang telah mula dipasarkan pada 4 Mac 2014.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments