Minggu Setiausaha Anuar Zain Ditunda Demi MH370

terindah anuar zain-minggu setiausaha 2014

Penyanyi Anuar Zain mengambil keputusan untuk menangguh persempahannya sempena Minggu Setiausaha “ Terindah.. Anuar Zain “ yang  dijadualkan pada 8 April dan digantikan pada 29 April kerana menghormati nasib yang telah menimpa 239 penumpang dan anak kapal MH370 ,  pesawat Malaysia Airlines ( MAS ).

Bagi Anuar, ini merupakan keputusan paling tepat bagi menghormati semua mangsa dan ahli keluarga.

Pada 8 Mac lalu, pesawar MAS MH370 dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing hilang dari radar.

Usaha mencari dilakukan dengan bersungguh-sungguh sehinggalah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa ia disahkan berakhir di Lautan Hindi.

Ujar Anuar, semua pembeli tiket telah dimaklumkan akan penangguhan persembahan tersebut.

Anuar juga yakin peminatnya memahami akan keputusan yang dibuat.

Tiket untuk menyaksikan Anuar Zain mula dijual di www.tiketcharge.com.my pada 7 Februari lalu. Tiket VIP pula boleh didapati dengan menghubungi Anuar Zain Network di talian 019 317 7476 atau 012 464 2030.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments