Noh Mungkin Berhenti Menyanyi

 

noh hujan dan mizz nina

Noh Salleh,29, vokalis kumpulan Hujan mengakui di masa akan datang tidak mustahil dia akan berhenti menyanyi.

Noh berkata, isterinya Mizz Nina ada memberi bayangan agar dia memperlahankan karier nyanyiannya itu.

Ujarnya, Mizz Nina ada memberikan ‘hint” tentang perkara itu dan ia membuatkan dia mula berfikir mengenai masa depan.

Namun, Noh tidak pasti apa yang akan dilakukan sekiranya dia berhenti kerana muzik bukan sekadar minat, tetapi bermain muzik sahaja yang Noh tahu untuk dijadikan punca rezeki setakat ini.

Bercakap mengenai isterinya Mizz Nina, Noh bersyukur apabila Nina sudah mula menimba ilmu agama Islam dengan menghadiri kelas-kelas agama.

Perkembangan terkini, Noh kini megambil langkah baru dengan muncul dalam album solo. Album solo itu akan memuatkan lima buah lagu.

Antara lagu single yang akan dikeluarkan dahulu adalah Biar Seribu, Bunga Di Telinga, Angin kencang dan Sang Penikam.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments