Non Stop Lakonan Liam Neeson

non stop - liam neeson

 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sebuah filem baru lakonan Liam Neeson bertajuk Non Stop.

Filem ini mengisahkan Bill Marks ( Liam Neeson ) seorang  marsyal udara persekutuan Amerika Syarikat menerima pesanan teks ugutan yang menyatakan seorang demi seorang akan dibunuh setiap 20 minit kecuali jika wang tunai bernilai AS$150 juta dipindahkan ke satu akaun bank ketika penerbangan dimana filem ini mengambil tempat sebuah penerbangan antarabangsa dari New York ke London.

Dalam mencari dalang di sebalik kejadian, Marks telah dituduh yang juga dikatakan ingin merampas kapal terbang itu  kerana akaun bank itu dibawah nama Marks dan sebiji bom ditemui dalam pesawat tersebut.

Marks kemudian menjadi lebih binggung apabila pelbagai bukti timbul yang menunjukkan dia bersalah. Malah ada juga beberapa individu lain yang turut membantu Marks menyelesaikan masalah ini dilihat sebagai dalang.

Dalam masa yang sama, timbul rasa gelisah di dalam pesawat apabila bom tersebut akan meletop dalam beberapa minit.

Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang tempoh penerbangan itu. Detik mencemaskan seperti kapal terbang melanggar awan, kematian juruterbang dan bermacam lagi.

File mini diarahkan oleh Jaume Collet- Serra dan dibarisi pelakon lain seperti  Michelle Dockery, Corey Stoll , Julianne Moore, dan Scoot McNairy.

Bagaimanakah Marks mengatasi masalah ini? Dapatkah dia membuktikan bahawa dia tidak bersalah?

Bagi anda, jangan lupa tonton filem menarik ini dipawagam yang pastinya lain dari yang lain.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments