Puteri Sarah Liyana Sahkan Berhenti Berlakon

Puteri Sarah Liyana Sahkan Berhenti Berlakon

Puteri Sarah Liyana Sahkan Berhenti Berlakon | Pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu keputusan mengundur diri dari dunia lakonan bukanlah semata kerana dia kini berstatus isteri. Sebaliknya dia mahu menumpukan pada karier barunya sebagai pegawai pemasaran di sebuah butik muslimah, Butik Eiliya.

“Sebenarnya saya sudah undur diri dari dari dunia lakonan sejak tahun lepas lagi. Bukan lah sebab saya berkahwin. Tapi saya beralih karier. Saya seronok dengan kerjaya saya sekarang. Selain uruskan butik, selepas ni saya akan mereka beberapa rekaan design”, katanya ketika ditemui pada masjlis pernikahannya yang berlangsung di masjid Al- Muqaramah, Sri Damansara pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu Puteri Sarah turut meluahkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya berjalan lancar seperti yang dirancang meskipun suaminya masih dalam keadaan lemah kerana mengalami demam denggi.

Puteri Sarah dan Syamsul merancang mahu menunaikan umrah dan berbulan madu pada bulan Ramadhan ini.

“Saya tak pernah pergi menunaikan umrah, jadi saya teringin nak ke sana. Kami rancang nak pergi pada bulan Ramadhan ini, lebih afdal. Tapi tengok lah kalau ada kelapangan dan kalau diizinkan kami pergi lebih awal, kami akan pergi dalam masa terdekat ini”, katanya yang juga memberitahu belum memikirkan soal cahaya mata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments