Radhi OAG Nikah 4 April Ini

radhi oag nikah 4 april

Tahniah buat penyanyi Radhi OAG yang mengakui akan bernikah dengan gadis cantik Shahira Ayu Zahiri, 20 dan memilih tarikh 4 April sebagai tarikh pernikahan mereka.

Majlis itu akan diadakan di sebuah masjid di Shah Alam, Selangor.

Menurut Radhi, niat untuk berkahwin sudah lama tetapi disebabkan faktor kewangan menyebabkan Radhi menunggu masa yang sesuai.

Ujarnya lagi, majlis persandingan pula akan dibuat pada bulan Disember nanti.

Radhi juga bersyukur kerana kerana Ayu seorang yang memahami, malah menganggap Ayu sepeeti pengurus peribadi yang banyak mengatur karier seninya.

Persiapan majlis mereka itu juga berjalan dengan baik termasuklah baju nikah, tema majlis dan barang hantaran.

Perkembangan terkini, Radhi sedang sibuk dalam pengambaraan sebuah drama Oh, My God! Dan juga terlibat dengan program Singing & Sharing bersama Persatuan Pengasih Malaysia.

Radhi juga merancang bersama Ayu untuk mengeluarkan jenama pakaian sendiri dibawah label OAG.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments