Selepas 16 Tahun, Aidid Marcello Tinggalkan TV3

Selepas 16 Tahun, Aidid Marcello Tinggalkan TV3

Selepas 16 Tahun, Aidid Marcello Tinggalkan TV3 | Aidid Marcello merupakan pengacara yang berbelas tahun bekerja di TV3 dan tiba masanya selepas 16 tahun , Aidid ambil keputusan untuk tinggalkan TV3.

Pengunduran diri saya disebabkan dengan perubahan masa, faktor umur dan kehidupan bekeluarga saya kini yang sudah memiliki empat orang anak. Dengan pengalaman yang ada, sudah tiba masanya saya bergerak sendiri dengan menerbitkan program-program TV.
Melalui syarikat saya iaitu Mineques Productions Sdn Bhd ada beberapa projek kecil yang sudah saya terbitkan sebelum ini. Memandangkan ketika itu masih terikat dengan TV3, jadi masa saya itu terhad. Dan bila sudah bebas, saya akan lebih aktif.
Jujurnya, saya ada minat lain dari penyiaran. Bukan sebab duit atau gaji, tapi lebih kepada hendak majukan kehidupan dan kerjaya. Tidak ada istilah penat makan gaji, sebaliknya saya perlukan keyakinan untuk mencari pendapatan sendiri selepas ini.

Apa pun yang Aidid Marcello lakukan, apa pun keputusan semoga berjaya didalam dunia penyiaran diluar sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments