Sharifah Zarina Rancang Buka Taska Dan Tadika

sharifah zarina rancang buka taska

Khabar berita, penyanyi Sharifah Zarina sedang merancang untuk membuka sebuah tadika ( Taman Didikan Kanak-Kanak ) dan taska ( Taman Asuhan Kanak-Kanak ) selepas disarankan oleh jiran-jirannya.

Namun, ujar Zarina dia mahu mengisi ilmu didada terlebih dahulu. Oleh sebab itulah, Zarina sekarang sedang mengikuti pengajian Pendidikan Awal Kanak-Kanak sejak Januari lalu di Universiti Malaya.

Pengajian Zarina disana secara separuh masa dan akan tamat pada Disember 2015.

Zarina juga tetap bijak membahagikan masanya sebagai ibu biarpun sibuk dengan kerja.

Apapun, semoga Zarina berjaya membuka taska dan tadikanya itu nanti.Insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments