Suami Syanie Tidak Letakkan Harapan Untuk Punyai Anak

syanie-352x264

Suami Syanie Tidak Letakkan Harapan Untuk Punyai Anak | Pelakon komedi, Syanie bersyukur suaminya, Nadi Putera Mohd Zainol, 29, memahami dan tidak meletakkan harapan yang tinggi untuknya mendapatkan zuriat dalam perkahwinan yang dibina mereka.

Syanie berkata mereka sudah membincangkan perkara tersebut sebelum membuat keputusan untuk hidup bersama.

“Saya dah beritahu dia bahawa pada usia sekarang, saya akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan anak

Dia memahami dan menganggap anak bukan tujuan utama dia mengahwini saya, lagi pula dia sudah pun ada dua orang cahaya mata hasil perkahwinan yang pertama,” katanya.

Bagaimanapun, Syanie berkata, sebagai seorang wanita, dia sangat berharap dapat melahirkan seorang cahaya mata bagi melengkapi kehidupan rumah tangga mereka.

“Sudah tentu agak sukar dan takut untuk buat keputusan kembali berumah tangga selepas 11 tahun hidup sendiri. Apatah lagi ia adalah perkahwinan kedua saya.

Saya fikir banyak kali dan tanya pendapat keluarga dahulu sebelum benar-benar buat keputusan ini.

Saya tidak mahu rumah tangga yang dibina hanya separuh jalan sahaja, kalau boleh perkahwinan kedua ini biarlah sampai akhir hayat,” katanya.

Dalam pada itu, menceritakan detik pengenalan mereka, Syanie berkata, dia mengenali Putera sejak lapan tahu lalu ketika mereka bekerja di bawah syarikat yang sama.

“Dia seorang yang ambil berat ketika kami bekerja di tempat yang sama, tetapi bila dia berhenti dan berkahwin kami jarang berhubung.

“Sehinggalah kami berjumpa semula ketika menghadiri satu majlis perkahwinan rakan di Kedah dan kembali rapat, ketika itu dia sudah pun bercerai,” katanya.

Saya tidak kisah tanggapan orang tentang usia, apa yang penting ia bukan menjadi satu masalah bagi kami.

Pada saya ialah persefahaman antara satu sama lain dan saling hormat menghormati adalah kunci untuk mendapat kebahagiaan dalam rumah tangga,” katanya.

Majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung pada 12 Mac ini di kediaman pengantin lelaki di Kulim, Kedah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments