Wardina Bakal Berhijrah Ke Australia

 

wardina safiyya sambung belajar bidang psikologi di australia

Selebriti popular, Wardina Saffiyah Fadlullah, 35 akan berhijrah ke Australia bagi mendalami ilmu Psikologi ni sebuah universiti di sana.

Ujar Wardina, walaupun agak lewat merealisasikan impiannya itu, baginya yang penting adalah sumbangan yang akan dimanfaatkan di kalangan masyarakat.

Hasrat Wardina untuk menyambung pelajaran dalam bidang sarjana muda psikologi di sebuah university di Brisbane sudah lama terpendam.

Wardina turut memberitahu sebab utama  dia memilih bidang itu kerana walaupun ramai orang bekerja di negara maju, tidak semuanya sihat. Mereka juga mungkin terjebak dengan bermacam masalah sosial.  Sebab itulah bidang ini sangat perlu untuk membangunkan masyarakat di masa hadapan.

Wardina juga mengimpikan untuk belajar sehingga ke peringkat ijazah kedoktoran (ph.D).

Wardina akan membawa anak-anaknya iaitu Amna Nafeesa, 11, Azra Sareera, 8 dan Imran Arrazi, 5 tahun untuk menetap di sana nanti. Mereka juga akan menyambung pelajaran disebuah sekolah Islam di sana nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments