Zombi Kilang Biskut Filem Baru Mamat Khalid

 

zombi kilang biskut-usop wilcha

Sekali lagi filem arahan Sutradara, Mamat Khalid Zombi Kilang Biskut akan diterbitkan.

Masih mengekalkan pelakon seperti Usop Wilcha, Awie, Sofi Jikan, Zainuri Misfar, , Man Kadir, dan Delimawati.Turut menampilkan pelakon baru Eina Azman, Syuq Balas dan Dayana Roza.

Filem ini merupakan kesinambungan daripada filem  Hantu Kak Limah Balik Kampung, Husin Mon & Jin Pakai Toncit dan Zombi Kampung Pisang.

Usop Wilcha atau nama popular Shy8 masih kekal memegang wtak sama. Namun penampilan filem kali ini sedikit berbeza.

Ujar Shy8, wataknya dalam filem ini lebih menyerlah. Jika filem dulu Shy8 bergerak menggunakan kerusi roda kali ini dia bertongkat pula. Gaya tangannya juga masih sama.

Bagi Dayana pula, yang memegang watak sebagai Sofea, mengakui menerima tawaran ini kerana Mamat Khalid. Bagi Dayana dia begitu kagum dengan cara dan hasil kerja pengarah itu dan ia merupakan satu peluang yang sangat bermakna.

Ujar Dayana, watak yang dipegangnya mempunyai cabaran tersendiri walaupun watak lakonannya tidak besar mana.

Dayana sebenarnya sudah berada dalam industri lakonan selama lima tahun.Ketika berusia 18 tahun Dayana telah terlibat dengan dunia seni. Malah perancangan perlu ada untuk Dayana terus kekal berada dalam dunia seni ini”.Ujarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments