Ahmad Idham Buka Ahmad Idham Film Academy

ahmad idham buka aifa di nusajaya

Seiring dengan kemajuan teknologi perfileman, Ahmad Idham Ahmad Nazri yang juga merupakan seorang pengarah mengambil langkah menubuhkan sebuah akademi perfileman, Ahmad Idham Film Academy atau AIFA yang terletak di Nusajaya, Wilayah Iskandar, Johor.

Ujar Ahmad Idham, idea penubuhan akademi AIFA ini tercetus kerana cita-cita untuk membantu industri ini telah lama diimpikan. Kementerian Sumber Manusia dibawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) berhasrat melahirkan 50 peratus tenaga kerja berkemahiran menjelang 2020, dan disebabkan itu dia menyahut seruan tersebut dengan menubuhkan AIFA.

Katanya lagi, penubuhan ini merupakan satu langkah yang strategic. Ahmad Idham juga mendapat sekongan dan kerjasama pihak berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) .

AIFA akan memulakan sesi pengambilan ertama pada 19 Mei ini dengan menawarkan kursus Produksi Filem/Video ( Pengambaran ) dan Sijil Kemahiran Malaysia akan dikeluarkan oleh Kemeterian Sumber Manusia.

Peluang ini terbuka kepada mereka yang berbakat dan berkelayakan. Jadi buat anda yang berminat untuk sertai,  boleh membuat pertanyaan di www.facebook.com/aifamalaysia atau laman twitter @AifaMalaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments