Amir Raja Lawak Dedah Wajah Kekasih

 

amir raja lawak dedah wajah kekasih

Amir Raja Lawak mendedahkan telah menemui cinta selepas kecewa sebelum ini. Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 25 berkata hatinya kini milik seseorang. Malah Amir juga mendedahkan wajah hati insan kesayangannya itu di laman instagram miliknya.

Gambar itu merupakan gambar ketika dia bersama sepupu dan bakal isteri semasa menghadiri program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Putrajaya.

Amir bagaimanapun tidak mendedahkan siapa nama kekasihnya itu. Namun Amir meminta supaya peminat mendoakan hubungan mereka berdua.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments