Drama Bedah Vs Joyah Di TV9

 

bedah vs joyah tv9

Sebuah drama menarik Bedah Vs Joyah akan menemui penonton setiap Sabtu, jam 8.30 malam di TV9.

Drama menarik ini mendapat kerjasama daripada ZK Creative Production Sdn Bhd dan Zeel Production Sdn Bhd.

Drama ini mengisahkan Joyah berpindah ke kampung Bedah untuk memulakan kehidupan baru kerana Daud mahu tinggal di rumah pusaka peninggalan keluarganya yang berada di sebelah rumah Pak Kulop dan Bedah.

Joyah yang mempunyai bisnes kerepek pisang diuruskan oleh adiknya dan Joyah hanya mengambil keuntungan daripada hasil jualan kerepek tersebut.

Bedah dan Joyah mulanya mesra tapi mereka mula bergaduh apabila Joyah tanpa sengaja telah merosakkan motor Bedah.  Rupanya, Bedah dan Joyah pernah bergaduh kerana seoraang lelaki.

Sejak dari itu, ada sahaja yang mereka gaduhkan. Sikap mereka membuatkan Daud dan Pak Kulop pening kepala.

Kepulangan Syak dan Zamri pula membuatkan masing-masing keliru kerana mereka memiliki wajah yang sama.

Syak dan Zamri kemudian mengambil kesempatan menukar peranan  masing-masing sehingga membuatkan keluarga mereka bertambah kusut.

Bagi anda jangan lepaskan peluang untuk menonton drama menarik ini.menampilkan pelakon Noorkhiriah dan Jasmin Hamid yang pastinya mencuit hati.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments