Drama Bersiri Karma Siri 2

Drama Bersiri Karma Siri 2

Sebuah drama bersiri “ Karma Siri 2 “ yang disiarkan di TV1 mendapat sambutan yang mengalakkan dari penonton.

Kisah masyarakat sebegini sememangnya banyak teladan dan pengajaran yang diperolehi. Disiarkan setiap Jumaat jam 2.00 petang.

Memulakan episod pertama dengan tajuk Akibat Curang pada 4 April lalu. Akibat Curang mengisahkan keretakan rumahtangga apabila isteri curang dengan lelaki lain.

Kisah bermula di mana, Mei Mei lebih gemar menghabiskan masa berhibur dengan Bernard sehingga lupa akan tanggungjawab terhadap ibunya yang sakit.

Mei Mei sering bertengkar dengan ibunya. Malah Mei Mei juga mula terjerumus dengan permainan Bernadr sehingga sanggup mengedar dadah bagi menyelesaikan masalah hutang.

Mimie dan Ina yang merupakan pekerja salun Mei Mei mula membongkar rahsia pengedaran dadah kepada pihak berkuasa sehingga akhirnya Mei Mei ditangkap saat ibunya meninggal di hadapannya. Bernard juga berjaya diberkas.

Diikuti pula dengan tajuk Jerat Cinta Kasanova yang akan ditayang pada 2 Mei. Kisah seorang Zira yang dinaikkan pangkat oleh majikannya sebagai Pengarah Kewangan. Segala rahsia kewangan digalas oelh Zira. Zira kemudian bertemu Remy, kasanova yang sering memeras ugut wanita. Zira kemudian ditahan polis apabila majikannya mengetahui Zira tidak amanah dalam menjaga hal kewangan syarikat.

Jerat Cinta Kasanova menampilkan lakonan Fezrul Khan, Faradhiya, Yaya Aziz dan Dato’ Jalaluddin Hassan.

Begitu juga episod yang akan datang yang pastinya menarik penonton dengan kisah-kisah yang dapat memberi pengajaran kepada kita. Jangan lupa saksikan hanya di TV1.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments