Drama Lara Ameena Di TV1

drama lara ameena tv1

Sebuah drama bersiri baru akan disiarkan di TV1 bertajuk Lara Ameena yang akan mula ditayangkan pada 27 April ini, 7.00 petang setiap hari Sabtu dan Ahad.

Drama menarik ini mengisahkan Ameena, seorang eksekutif yang menuntut fasakh terhadap Fauzan, suaminya kerana sudah tidak sanggup lagi bersama dengan Fauzan yang suka mendera fizikal dan mental.

Malah hidup Fauzan juga lari daripada landasan Islam sebenar. Ameena menuntut fasakh apabila menyedari haknya dari segi syarak.

Fauzan mula tercabar dengan tuntuan fasakh tersebut dan merasakan maruahnya tercalar. Fauzan memaksa Ameena supaya tidak meneruskan tuntutan. Namun, Ameena tetap ingin meneruskan dengan sokongan Salbiah, rakannya.

Fauzan mula bertindak agresif sehingga menyebabkan Ameena terpaksa mendapatkan perlindungan dari pihak polis. Fauzan kemudian ditahan namun dibebaskan atas jaminan polis.

drama lara ameena

Bagaimanapun, Fauzan masih tidak berubah. Malah mengugut Ameena. Ameena pula semakin kuat untuk hidup berlandaskan Islam malah mengagumi Fatini, seorang mualaf.

Ameena dan Fatini mula bergerak aktif dalam organisasi NGO untuk tujuan amal.

Kes perbicaraan antara Ameena dan Fauzan bermula. Terbongkarlah kisah mereka sejak mula. Bagaimana kehidupan mereka yang jauh dari landasan Islam.

Ameena juga terpaksa menceritakan kisah kezaliman Fauzan, dimana ketika dia sudah insaf, Fauzan menghalang dia untuk bersolat. Malah juga Fauzan pernah membakar telekung Ameena.

Ameena pula mula berkenalan dengan Azizi. Muncul pula Johan, seorang remaja yang hobinya mengintai dan meneropong setiap kejadian di sekitar kawasan rumah jiran.

Pelbagai perkara yang terjadi selepas itu. Ingin tahu kesudahan drama menarik ini, jangan lupa saksikan hanya di TV1.

Drama ini menampilkan pelakon Iqram Dinzly, Zarina Zainoordin, Nisha Dirr, Reen Rahim, Zamarul Hisham, Ezany Nizarif, Zaidi Omar, Sheila Mambo, Zarynn Min dan di terbitkan oleh Nur TV Productions Sdn Bhd

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments