Juara Minggu Saingan Kedua Bintang Mencari Bintang

Saingan kedua Bintang Mencari Bintang musim ke-2 (BMB2) telah menyaksikan anak didik Adlin Aman Ramlie, JEBAT berjaya menjuarai Kumpulan A dengan 68.3 markah manakala anak didik Afdlin Shauki, MMMMM pula muncul sebagai juara dalam Kumpulan B dengan 78.2 markah.

Malahan, JEBAT dan MMMMM juga menduduki carta tertinggi dalam Kumpulan A dan B selepas berlangsungnya 2 saingan.

Jebat - Bintang Mencari Bintang
JEBAT yang menduduki tangga tercorot semasa saingan pertama berjaya membuktikan kemampuan mereka sehingga dinobatkan sebagai juara minggu di saingan kedua.

MMMMM pula menyaksikan peningkatan daripada saingan pertama dan menjadi juara minggu saingan 2 Kumpulan B dengan mendapat markah penuh dari kategori juri awam (20 markah) dan juri tetap (50 markah).

Juara minggu ini menerima hadiah berupa sebuah mini iPad setiap orang ditaja oleh Radiglow.

Siapakah yang layak berentap di peringkat akhir BMB2 untuk merangkul gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM200,000 berserta trofi.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang BMB2, penonton boleh melayari laman sesawang rasmi BMB2 di www.tv3.com.my/bintang dan laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.

Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#BMB2014) untuk menghangatkan lagi bahang BMB2! Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments