Keadaan Sidek Hussein Semakin Teruk

sidek hussien masuk hospital

Pelakon Sidek Hussein sebelum ini pernah berkata sakit bengkak di pipinya itu kian parah. Kini, Sidek terpaksa dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur ( HKL ) apabila pengsan pada 30 Mac lalu.

Kata isterinya, Sidek tiba-tiba pengsan di depan kedai barang mainan d Chowkit. Sebelum keluar rumah, tiada sebarang reaksi sakit, tapi sejak akhir ini bengkak di pipinya semakin membesar.

Isterinya, Sebiah meminta bantuan orang ramai untuk menghubungi ambulan bagi membawa Sidek ke hospital.

Keadaan Sidek tidak menentu. Malah penyakitnya itu mula merebak ke bahagian mulut.

Enam tahun lalu, Sidek hanya bertahan meminum air saja, dan menolak semua makanan. Percakapan juga semakin tidak jelas dan hanya faham segelintir sahaja” Ujar isteri Sidek.

Kata Sebiah lagi, sehingga kini, penyakit yang dihadapi Sidek masih belum diketahui. Malah sebelum ini doktor juga ada memberitahu penyakitnya itu kini melibatkan bahagian otak dan paru-paru dan kemungkinan ia barah.

Sama-samalah kita berdoa semoga Sidek kembali sihat dan buat ahli keluarga semoga tabah menghadapi ujian ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments