Konsert Judika Mencari Cinta Tampil Amy Search

konsert judika mencari cinta

Buat peminat penyanyi terkenal Indonesia, Junika, anda berpeluang bertemu dengannya secara live di Konsert Judika Mencari Cinta di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Konsert ini juga bakal menggabungkan penyanyi hebat Amy Search atas permintaan Judika sendiri dan direalisasikan oelh pihak penganjur UCS Clockwork.

Konsert itu akan diadakan pada 12 April ini. Bukan itu sahaja, peminat Judika yang bertuah juga akan berpeluang dan mencuba merasai pengalaman sebagai pembantu peribadi yang menguruskan kerjaya penyanyi itu  dan urusan yang berkaitan dengan konsert.

UCS Clockwork mengumumkan, hanya dua orang peminat bertuah sahaja yang terpilih iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki.

Peraduan mencari penbantu peribadi akan diumumkan dalam masa terdekat dan tugasan mereka akan bermula apabila Judika tiba di Kuala Lumpur nanti.

Dalam konsert itu nanti, Judika akan menyampaikan 20 buah lagu.

Bagi yang berminat, boleh menempah tiket di Ticketpro Malaysia, 03-78807999/017-3555134 atau diwww.ticketpro.com.my.

Harga tiket dijual pada harga RM98 ( aras bawah ) dan RM168 ( VIP aras atas ). Konsert itu akan bermula pada jam 9 malam.

Boleh juga didapati di Rock Corner, Guitar Store, Muzik Valleh dan Victoria Music.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments