Majlis Resepi Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana

 

Majlis resepsi syamsul yusof dan puteri sarah

Ringkas dan sederhana, namun tetap meriah apabila melihat suasana majlis resepi pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana serta Syafiq Yusof dengan pasangan, Aiesha Zainal yang telah diadakan di Dewan Perdana Felda baru-baru ini.

Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof merupakan anak pengarah terkenal Datuk’ Yusof Haslam. Menariknya, tiada sebarang upacara tepung tawar sebaliknya dibuat acara bersalaman antara keempat mempelai dengan ahli keluarga dan juga VIP. Diiringin dengan selawat dan lagu dari Maher Zain.

Mengenakan pakaian tajaan Jakel, pasangan pengantin kelihatan segak dan cantik. Dengan tema Islamik, sangat sesuai dengan penghijrahan Syamsul dan Puteri Sarah yang mana kini memilih untuk mendalami ilmu agama dengan lebih dekat.

Adik kepada Syamsul dan juga kakak kepada Syafiq, Nursyamin Yusof turut memberi ucapan dan sajak kepada kedua pasangan ini.

Tahniah buat pasangan. Moga bahagia sentiasa. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments