Penyanyi Noryn Aziz Hamil

penyanyi noryn aziz hamil

Setelah sekian lama mendirikan rumah tangga, Penyanyi Noryn Aziz dan Suami, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menerima berita gembira apabila disahkan Noryn Aziz hamil empat bulan.

Kata Noryn, sebelum ini pelbagai usaha dia dan suami lakukan untuk mendapat zuriat namun tidak berjaya. Kini, atas doa dan usaha berterusan, akhirnya dia disahkan hamil dan dijangka akan bersalin pada bulan September depan.

Noryn juga memberitahu dia banyak menerima nasihat daripada Nurul Depp, teman baiknya yang banyak berkongsi  tip sepanjang kehamilan. Nurul Depp banyak memberi tunjuk ajar. Selain itu juga turut mendapatkan nasihat pakar.

Ujar Noryn, kehamilan pertama ini membuatkan dia berasa sedikit gementar lagi pula hamil ketika usia yang agak lanjut. Tidak mengalami alahan yang teruk, Noryn bersyukur cuma mengalami alahan terhadap bau masakan.

Perkembangan terkini, Noryn akan melancarkan produk kecantikan dan kesihatan Delima Bella, pada Mei depan.

Tahniah diucapkan kepada Noryn dan suami. Semoga Noryn dan kandungan sihat. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments