Program Baru Dunia Pencetus Ummah

dunia pencetus ummah

Selepas kejayaan program Pencetus Ummah musim pertama, kini Astro memperkenalkan program Dunia Pencetus Ummah.

Namanzee Harris, Pengurus Astro Oasis, berkata  program itu merupakan langkah untuk menaikkan semula nama-nama pendakwah musim pertama yang menjadi fenomena masyarakat.

Kali ini dakwah yang disampaikan tanpa kehadiran juri di depan dan masih mengekalkan konsep sama seperti PU lalu.

Dalam program Dunia Pencetus Ummah ini juga, kesemua peserta Pencetus Ummah Pertama akan dibawa menjelajah ke tujuh buah negeri termasuk Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Kelantan dan Johor.

Dunia Pencetus Ummah akan memulakan sesi rakaman pada 19 April ini dan akan disiarkan menerusi Astro Oasis dan Mustika HD pada 1 Mei, jam 9 malam setiap khamis.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments