Radhi OAG Selamat Bernikah Buat Kali Kedua

radhi oag nikah 2014

Tahniah diucapkan kepada Radhi OAG yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nor Shahira  Ayu Zahiri, 20 pagi tadi.

Dihadiri seramai 100 tetamu, mereka dinikahkan oleh Mohd Firdaus Subhi,  Iman Masjid Besar Negeri , Masjid Salahudin Abdul Aziz jam 10.25 pagi.

Rombongan lelaki membawa 12 dulang hantaran manakala dibalas 14 dulang oleh pihak perempuan.

Pihak perempuan menerima hantaran sebentuk cincin, set pewangi jenama Boss, al Quran, sepasang telekung, beg tangan Charles dan Keith,  kosmetik dan minuman kesihatan Zahryea, mas kahwin RM300 dan hantaran RM30,000.

Radhi atau nama sebenarnya M. Radhi Razali, 36, dikurniakan seorang anak lelaki Muhammad Rifdhi Muslim hasil perkahwinannya yang terdahulu.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments