Rio 2 Menarik Dan Menghiburkan!

filem-rio-2-menghiburkan

Jom jangan lepaskan peluang untuk menonton filem animasi muzikal “ Rio 2 “ yang menyeronokkan dan sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

Mula ditayangkan pada 10 April lalu, filem ini merupakan terbitan , 20th Century Fox dan diarahkan oleh Carlos Saldanha.

Rio 2 mengisahkan kehidupan Blu dan Jewel bersama anak mereka. Mereka mengambil keputusan meninggalkan kehidupan mereka di Bandar Rio dan menjalani kehidupan di Hutan Hujan Tropika Amazon sebagai seekor burung.

Perjalanan mereka ke Amazon menghadapi pelbagai hidupan liar dan keindahan alam semulajadi.

Rio 2 turut diselitkan dengan mesej kepada masyarakat seperti sikap saling sayang menyayangi, menghormati orang tua, mengutamakan keluarga tidak kira apa pun terjadi.

Rio 2 dibarisi pelabon hebat seperti Anne Hathaway, Jesse Eisenberg, Jemaine Clement, Leslie Mann. , Tracy Morgan, George Lopez, , will.i.am dan Bruno Mars. Turut bersama Bebel Gilberto, Jake T. Austin, Rodrigo Santoro, dan Jamie Foxx.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments