Shila Amzah Mara Ke Final ‘I Am Singer’

Pada Februari lepas, Shila Amzah telah menyertai satu pertandingan di China iaitu ‘I Am Singer’ musim kedua yang kini telah pun berlangsung sebanyak 12 episod.

‘I Am Singer’ merupakan satu pertandingan yang disertai oleh bintang-bintang yang sudah mempunyai nama besar, dan pilihan pemenang akan ditentukan melalui undian para penonton.

Ternyata Shila tidak menghampakan peminatnya kerana beliau berjaya mara ke minggu akhir.

Shila Amzah - I Am Singer Final

Shila Amzah mula menyertai ‘I Am Singer’ pada minggu ketujuh dimana Shila telah mendendangkan lagu ‘Xiang Ni De Ye’ yang bermaksud ‘Dikala Malam, Ku Merinduimu’ di mana lagu tersebut telah melonjakkan nama Shila di persada antarabangsa.

Daripada riak wajah penonton juga, jelas terpancar keterujaan mereka terhadap kelunakan suara Shila Amzah.

Pada final Jumaat ini, Shila akan berentap bersama dengan 7 lagi peserta seperti G.E.M. (Hong Kong), Han Lei (China), Gary Chaw (Malaysia), Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).

Pada peringkat akhir nanti, akan ada dua pusingan di mana pusingan pertama para peserta akan berduet bersama artis pilihan mereka dan pusingan kedua adalah nyanyian secara solo.

Selepas tamat pusingan pertama, hanya 5 peserta yang mendapat undian tertinggi sahaja akan mara ke pusingan kedua iaitu ke ‘Grand Finale’.

Trivia Shila Amzah di Pertandingan ‘I Am Singer’.

  • · Shila menyertai ‘I Am Singer’ pada minggu ketujuh (7) dengan lagu ‘Xiang Ni De Ye’ dan mendapat tempat kedua (2).
  • Minggu kelapan (8), Shila mendapat tempat keempat (4) dengan lagu ‘Zui Chang De Dian Ying’.
  • Minggu kesembilan (9), Shila mendapat tempat ketiga (3) dengan lagu ‘Listen’.
  • Minggu kesepuluh (10), Shila mendapat tempat ketiga (3) dengan lagu ‘Forever Love’.
  • Minggu kesebelas (11), Shila mendapat tempat pertama (1) dengan lagu ‘Rolling In The Deep’.
  • Minggu kedua belas (12) (minggu separuh akhir), Shila mendapat tempat keenam (6) dengan lagu ‘Yang Chong’.
  • Shila berjaya mara ke minggu ketiga belas (13) iaitu minggu akhir.

Kekuatan vokal Shila memang tidak boleh disangkal lagi, marilah kita sama-sama berdoa agar Shila sekali lagi dapat mengharumkan nama industri muzik tanah air dan juga nama Malaysia untuk kali yang kedua. ‘I Am Singer’ musim pertama telah dimenangi oleh Yu Quan dari China.

Siapa tahu pada musim kedua ini dimenangi oleh rakyat Malaysia yang bernama Shila Amzah.

Jom sama-sama kita undi dan sokong Shila Amzah di laman web Weibo di pautan yang berikut – http://vote.weibo.com/vid=2578278

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments