Shila Amzah Menang Tempat Ke 3 I Am A Singer 2014

Tragedi MH370 Shila Amzah Dikecam Teruk Rakyat China2

Tahniah buat penyanyi Shila Amzah kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan I Am A Singer 2014 yang telah berlangsung di Changsha, China.

Shila bersaing dengan peserta termasuk rakan senegara Gary Chaw, Zhou Bichang ( China ), Zhang Jie ( China ), Phil Chang ( Taiwan ), Han Lei ( china ) G.E.M ( Hong Kong ).

Juara dimenangi oleh Han Lei ( China ) dan naib juara G.E.M ( Hong Kong ).

Pertandingan itu disiarkan secara langsung menerusi HunanTV. Pada pusingan pertama, Shila menyampaikan lagu When You Believe berduet dengan penyanyi China, Huang Qishan.

Manakala, pusingan kedua pula Shila menyanyikan lagu Mama, lagu popular Kpop nyanyian Exo-M secara solo.

Shila sebelum ini pernah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang diadakan di Shanghai, China.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments