Sinopsis Janji Jaslina Lakonan Eira Syazira Dan Norman Hakim

janji jaslina slot azalea tv3

Sebuah drama siri baru di Slot Azalea akan menemui penonton pada 31 Mac bertajuk “ Janji Jaslina “ akan disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang.

Drama 20 episod ini menampilkan pelakon hebat seperti Eira Syazira (Jaslina),Norman Hakim (Johan), Almy Nadia (Rahayu), Nizen Ayob (Dr Arif), Mustafa Kamal (Dato Kamal’), Raja Emma (Datin Nora), Erry Putra (Fiq), Fadilah Mansor (Mak Kiah), adik Wafiy Irfan Ariffin (Iman), Shaharudin Thamby (Pak Ayob) dan Ana Dahlia (Atira).

Drama ini merupakan hasil skrip oleh Azmy Mohd Arif dan diterbitkan oleh Orangetree Production.

Drama Janji Jaslina mengisahkan Jaslina dan Johan yang memiliki 2 orang anak Iman dan Nina.  Jaslina berkahwin dengan Johan pada usia muda. Anak Jaslina, Nina disahkan menghidap penyakit asma ketika umur 10 tahun. Jaslina berhenti kerja untuk menjaga anaknya itu. Namun dimarahi oleh Johan. Rupanya Johan menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya Rahayu tanpa pengetahuan Jaslina.

Jaslina tidak pernah berprasangka buruk apabila Rahayu sering datang ke rumahnya. Rahayu pula pandai berlakon dan berpura-pura rapat dengan Nina. Suatu hari ketika Nina diserang asma, Rahayi sengaja tidak menberikan inhaler kepada Nina. Akibatnya Ninan gagal mendapat rawatan dan meninggal dunia.

Akibat daripada peristiwa ini, Jaslina menghadapi tekanan hidup. Johan pula berkahwin dengan Rahayu dan tidak bertanggungjawab dengan adil. Jaslina dibiarkan bersendirian.

Anak Jaslina, Iman pula disahkan menghidap luekimia. Suatu hari ketika menjalankan tugas di Sabah, Johan telah diculik. Jaslina pula terus hilang punca kewangan.

Rumah Jaslina telah dilelong oleh pihak bank dan Jaslona terpaksa lekuar dan menumpang di rumah Pak Ayob dan Mak Kiah. Namun, Pak Ayob mengambil kesempatan atas wang yang didermakan oleh orang ramai untuk kos perubatan Iman. Pak Ayob juga selalu menggoda Jaslina dan mahu berkahwin dengannya.

Jaslina kemudian meninggalkan rumah Pak Ayob. Dia kemudian berjumpa dengan Dr.Arif. Apakah yang terjadi selepas Jaslina bertemu Dr.Arif? Apakah motif Johan pulang secara tiba-tiba? Bagaimana hubungannya dengan Rahayu? Apakah hubungan Rahayu dan Fiq?

Untuk mengetahui kesudahan drama menarik ni, jangan lupa tonton Janji Jaslina pada 31 Mac ini hanya di TV3.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments