Sniper Nyawa atau Nyawa?

IMG_0064
Filem Sniper menampilkan muka-muka baru iaitu Fadhlan Hazim, Pablo Amirul, Mikail Andre dan Nina Iskandar. Turut menjayakan filem ini seperti Adiba Yunus, Nabil Razali dan Delimawati.

Melihat pada gabungan pelakon-pelakon yang ada pastinya ia menjadikan filem ini sebuah filem yang berwajah baru. Filem ini juga menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang.

Filem Sniper arahan Pierre Andre ini mengisahkan seorang  yang tidak dikenali mencipta sebuah permainan pembunuhan. Ahmad (Mikail Andre), Rafi (Fadhlan Hazim) dan Jim (Pablo Amirul) ditemukan dalam permainan pembunuhan ini.

Dengan berbekalkan sniper dan beberapa butir peluru, mereka dikehendaki membunuh antara satu sama lain bagi melepaskan diri masing-masing serta orang tersayang yang terlibat.

Siapakah dalang disebalik permainan ini? Dan apakah sebenarnya permainan yang cuba dilakukan? Nyawa atau Nyawa Sniper, di pawagam berhampiran 24 April 2014 ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments