Tokarev Kisah Dendam Seorang Bapa

filem aksi Tokarev

Jom tonton sebuah filem aksi yang pastinya menyentuh hati dan perasaan buat penonton, Tokarev kisah seorang bapa yang menuntut bela di atas kematian anak perempuannya yang telah diculik dan dibunuh.

Tokarev mengisahkan Paul Maquire lakonan Nicolas Cage dan rakan seperjuangannya Kane lakonan Max Ryan dan juga Doherty yang hidup bergelumang dengan jenayah.

Kehidupan mereka menjadi sejarah hitam apabila mereka melarikan wang milik seorang gangster berbangsa Rusia.

Mafia dari Rusia itu menculik anak Paul dan membunuh anaknya itu dengan kejam kerana ingin mendapatkan semula wang yang telah dilarikan itu.

Akibat dari itu, ketiga mereka membalas dendam dan berlaku peperangan antara mafia Ireland dan Rusia.

Kematian anak Paul menyebabkan dia mengumpul semula rakan jenayah dan mula memburu gangster Rusia tersebut.

Ingin tahu kesudahan filem arahan Paco Cabezas ini, jangan lupa saksikan di pawagam berdekatan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments