Transcendence Lakonan Hebat Johnny Depp

China People Johnny Depp

Jom saksikan sebuah lagi filem hebat  Transcendence lakonan Johnny Depp, Morgan Free dan Rabecca Hall.

Sebuah filem yang bergenre sains fiksyen.Transcendence mengisahkan seorang saintis Dr. Will Caster ( Depp ) seorang pakar penyelidik dalam bidang kecerdasan buatan. Dr.Will mahu mencipta alat yang mempunyai emosi dan lebih maju dari teknologi sekarang untuk merealisasikan dunia lebih baik.

Namun, ia terhalang dan menerima tentangan dari puak pelampau dari Bre ( Mara ) apabila Dr. Will dan isteri Evelyn ( Hall ) dan Max Waters ( Bettany ) berusaha untuk mencipta alat tersebut.

Bre telah meletupkan beberapa buah makmal penyelidikan dan menembak Dr Will dimana Bre menggunakan peluru radioaktif yang telah diletakkan racun radiasi.

Evelyn mula mencadangkan supaya minda suaminya dijadikan sebahagian daripada teknologi dan berharap agar suaminya kekal hidup walaupun berada dalam alam maya.

Kerana ketidakseimbangan minda, Dr Will telah menyebabkan dirinya menjadi “ Tuhan “ kedua yang boleh melalukan keajaiban menggunakan teknologi.

Max kemudian mencadang untuk mematikan Dr Will kerana menyedari tindakan itu akan memberi masalah kepada dunia. Max memuat naik virus kea lam maya sekaligus akan melumpuhkan teknologi seluruh dunia.

Namun, sanggupkah Evelyn melihat suaminya dimatikan? Apakah yang akan berlaku kepada Dr. Will nanti?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Transcendence di pawagam berdekatan anda.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments