Azad Jasmin Bakal Berlakon Dengan Lara Dutta

azad jasmin akan berlakon dengan lara dutta

Satu peluang baik buat pelakon Azad Jasmin apabila dia mendedahkan mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem Bollywood.

Jelas Azad, ada pihak telah menghubungi isterinya dan menawarkan untuk berlakon dalam filem terbitan mereka.

Sangkaan Azad, tawaran tersebut hanya bagi watak sampingan untuk beberapa babak sahaja, tetapi Azad diberitahu akan terbabit dalam 22 buah babak.

Lebih mengujakan, tawaran tersebut bakal mengandingkan Azad dengan pelakon popular Bollywood, Lara Dutta.

Dalam filem berkenaan, Azad akan diberikan watak sebagai pengurus peribadi Lara Dutta. Namun begitu, perbincangan masih dalam proses.

Ujar Azad, dia berasa hairan bagaimana produksi tersebut mengenalinya dan dia diberitahu bahawa mereka ada menonton lakonannya dalam filem Kolumpo yang memegang watak sebagai seorang lelaki India ketika filem itu ditayangkan di festival filem luar negara.

Ujarnya lagi, andai semua berjalan lancar, produksi terbabit akan datang ke Malaysia untuk perbincangan lanjut.

Tahniah Azad. Semoga terus berjaya dalam dunia lakonan dan dapat mengembangkan lagi bakat di luar sana.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments