Filem CEO Lakonan Remy Ishak Dan Beto Kusyairi

filem ceo

Sebuah filem menarik karya Arafilm Sdn Bhd bertajuk CEO bakal ditayangkan pada 12 Jun ini. Filem CEO ini diarahkan oleh pengarah Razaisyam Rashid.

Filem CEO mengisahkan Adam yang merupakan CEO syarikat ternama. Manakala Sufian pula seorang penghantar pizza yang tidak mempunyai sebarang matlamat hidup dan menghabiskan masa dengan tiga sahabatnya.

Adam dituduh memecah amanah dan kejadian tersebut merubah kehidupan Adam dan juga Sufian.

Sufian menggantikan tempat Adam sebagai CEO syarikat.

Apakah yang terjadi seterusnya. Bagaimanakah perasaan Adam apabila Sufian menjadi CEO?

Menampilkan pelakon seperti Remy Ishak, Cristina Suzanne, Beto Kusyairi, Deanna Yusof, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

Filem ini menjalankan penggambaraan di lokasi seperti KLCC dan sebagainya. Menelan belanja kira-kira RM1.8 juta.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem CEO pada 12 Jun ini di pawagam berhampiran anda.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments