MEGA BAZAAR: Bazaar Usahawan Melayu Online Terbesar di Malaysia

Bazaar Usahawan Melayu Online Terbesar
Syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd dengan kerjasama strategik Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) WP Putrajaya akan menganjurkan acara jualan secara besar-besaran sekali gus menghimpunkan lebih 1000 usahawan internet ini menerusi MEGA BAZAAR: Bazaar Usahawan Melayu Online Terbesar di Malaysia.

Acara yang berlangsung pada 21 dan 22 Jun depan bertempat di Hall A, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) ini mengangkat objektif bagi memegang rekod sebagai satu perhimpunan besar-besaran bagi usahawan online dengan menjadi online bazaar terbesar di Malaysia.

Ini dapat menggalakkan aktiviti keusahawanan terutamanya di kalangan bumiputera dan membantu meningkatkan ekonomi ummah serta mempromosi produk dan perniagaan usahawan melayu online kepada rakyat.

Kerjasama strategik ini adalah untuk menggalakkan usahawan melayu online menjadi ahli DPMM WP Putrajaya bagi memastikan perniagaan online mereka diberi perhatian khusus dan peluang yang lebih besar untuk memasarkan produk mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Bukan setakat pakaian dan makanan saja yang dijual, malah pelbagai produk dan keperluan boleh dibeli dengan hanya melayari laman sosial. Seakan sebuah kedai serbaneka dan pusat membeli-belah, sistem perniagaan moden ini lebih menjurus kepada golongan muda yang kesemuanya bersungguh-sungguh menjual barangan mereka.

Apa Yang Terdapat di MEGA BAZAAR

Aksesori seperti beg tangan, cermin mata, kanta lekap, kasut hinggalah kepada produk kesihatan, produk kecantikan dan kelengkapan rumah turut dijual. Malah hari ini, pelbagai perkhidmatan juga ada disediakan termasuk sistem penggera rumah, pakar runding majlis dan bermacam-macam lagi antara paling mendapat sambutan.

Bayangkan, kesemua mereka yang sebelum ini menjual produk secara online kali ini akan berhimpun, bertemu dan berdepan pelanggan masing-masing secara offline.

Eh Eh Bazaar Sdn Bhd berbesar hati ingin mengundang kesemua anak muda yang menjalankan aktiviti perniagaan secara online di laman sosial masing-masing untuk bersama memeriahkan Mega Bazaar ini bagi mengembangkan lagi perniagaan selain berdepan sendiri pelanggan secara offline.

Tempah Tapak Jualan Serendah RM400

Dengan harga serendah RM400, peniaga akan berpeluang untuk menempah booth untuk dua hari berniaga dengan pelbagai kelengkapan lain turut disediakan.

Bagi yang berminat bolehlah menghubungi nombor 012-2920131 untuk keterangan lanjut atau menempah gerai anda atau layari www.ehehbazaar.com untuk maklumat lanjut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments