Misha Omar Dan Firos Ezzwan Kini Bergelar Suami Isteri

 

Misha Omar Dan Firos Ezzwan Kini Bergelar Suami Isteri
Misha Omar Dan Firos Ezzwan Kini Bergelar Suami Isteri. Kredit Foto : Mstar

 

Tahniah buat penyanyi Misha Omar, 32 dan pasangan Firos Ezzwan Rossly, 32 yang telah sah bergelar suami isteri hari ini dengan sekali lafaz.

Firos Ezzwan merupakan seorang juruterbang Syarikat Penerbangan  Malaysia ( MAS ). Misha menerima seutas gelang mas sebagai mas kahwin dan tiada wang hantaran disediakan.

Majlis akad nikah disempurnakan oleh Mohd Rose Omar, iaitu abang Misha dan disaksikan oleh Imam Mukim Chempaka, Ahmad Kamil Mat.

Majlis tersebut berlangsung di Hotel Renaisance, Kota Bharu. Misha atau nama sebenar Samihah Omar bersyukur dan gembira kerana akhirnya mereka selamat disatukan dan berharap para peminat mendoakan kebahagiaan mereka.

Turut juga dimeriahkan oleh pengacara, Adibah Noor. Dan pengapit pula diiringi oleh Jacklyn Victor, Dina Nadzir dan Fara Fauzana.

Pada belah malam pula, majlis resepsi belah perempuan akan diadakan di hotel yang sama, manakala belah lelaki akan diadakan di Hotel Concorde Kuala Lumpur, pada 12 Mei nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments