Oh My English Musim Ketiga Kini Kembali

Berita baik buat para peminat rancangan OH MY ENGLISH! kerana siri rancangan ini telah kembali menemui anda di kaca televisyen bagi musim ketiga.

Menjanjikan kemeriahan dan kandungan pendidikan yang lebih hebat dengan gandingan pelakon lama dan baru seperti Fauziah Ahmad Daud, Carmeen Soo, Rahim R2, Sherry Al-Hadad, Nadiya Nisaa, Juzzthin, Amyra Rosli, Shafiq Kyle dan ramai lagi.

Oh My English Musim ketiga akan bersiaran pada 18 Mei ini, hari Ahad, jam 9 malam di Astro TVIQ dan Astro Maya HD.

Siri kali ini lebih padat dengan aksi lucu, episod yang lebih menarik dan penampilan istimewa dari ramai selebriti terkenal.

Turut mempersembahkan kandungan pengajian Bahasa Inggeris yang baru dan juga nilai-nilai yang boleh dicontohi.

Jangan lupa untuk menyaksikan Oh My English Musim Ketiga hanya di Astro TVIQ dan Astro Maya HD, jam 9 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments