Pelakon Lydiawati Derita Sakit Saraf

pelakon lydiawati

Dikhabarkan pelakon Lydiawati menghidapi penyakit saraf dan reumatik selepas dia berasa kebas dan bisa pada bahagian kaki dan tangan sehingga menyukarkan pergerakan.

Ujarnya, pada awal januari lalu, apabila tangan dan kaki rasa berbisa, dia risau kerana takut ada masalah jantung. Namun begitu, doktor memberitahu dia okey.

Sehinggalah pada 23 Mei lalu, dia ke Hospital Pakar Ampang Puteri selepas merasa sakit yang teruk dan doktor mengesahkan menghidap sakit saraf.

Ujarnya lagi, dia perlu menjalani beberapa rawatan namun melihat bil byaran selama tiga hari di hospital, dia memutuskan untuk keluar wad kerana tidak mampu untuk membayar bil rawatan yang tinggi.

Dan kemungkinan akan meyambung rawatan penyakit itu di hospital kerajaan.

Lydiawati turut menyatakan rasa syukur apabila ramai rakan artis dan peminat memberikan sokongan kepadanya.- sumber Mstar Online

Sama-samalah kita mendoakan agar Lydiawati cepat sembuh. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments