Pelakon Ruminah Sidek Sah Bergelar Isteri

Ruminah Sidek Sah bergelar isteri. Kredit Foto : Rotikaya
Ruminah Sidek Sah Bergelar Isteri. Kredit Foto : Rotikaya

 

Tahniah buat pelakon veteran Ruminah SIdek yang telah pun selamat bergelar isteri kepada Al Fatah Rahim Ismail, Peneroka Felda Jelai, Negeri Sembilan.

Hanya dengan sekali lafaz dan majlis itu berlangsung di kediaman abang ipar pelakon itu pada jam 9.20 pagi.

Ruminah Sidek menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan tiada wang hantaran.

Ruminah menerima 7 dulang hantaran iaitu Al- Quran, beg tangan, kek, kasit, air minuman Twister, sejadah dan telekung.

Manakala pihak lelaki pula menerima set pakaian, sejadah, kek, set wangian, tuala dan buah-buahan.

Majlis akad nikah itu disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif, Meru Klang dan disaksikan oleh adik lelaki Ruminah Sidek, Mohd Jani Sarman.

Majlis ini juga turut disiarkan secara langsung di TV9 menerusi program Nasi Lemak Kopi O yang diacarakan oleh AR Badul, Aida Gadis Melayu dan Abon.

Ruminah Sidek, atau lebih dikenali sebagai Mak Mah kelihatan anggun mengenakan busana berwarna putih sedondon dengan pasangan.

Ini merupakan perkahwinan keempat buat Ruminah dan hasil perkahwinan terdahulu, Ruminah dikurniakan empat orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie.

Tahniah sekali lagi. semoga Mak Mah dan pasangan bahagia selamanya. Amin.

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments