Pembantu Rumah Pelakon Fasha Sandha Dipenjara Kerana Mencuri

fasha sandha

Kerana mencuri wang dari majikan mereka, dua pembantu rumah pelakon Fasha Sandha dihukum dua hingga enam bulan penjara.

Dua pembantu tersebut mengaku bersalah mencuri wang suami kepada Fasha Sandha, Rizal Ashram Ramli.

Pembantu tersebut bernama Nilawati, 39 dan Sri Maniami, 35 merupakan warganegara Indonesia.

Mereka dibicarakan dibawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan. Kejadian tersebut berlaku di rumah pelakon tersebut yang terletak di Duta Suria, Ampang.

Pihak polis berjaya menahan kedua pembantu tersebut setelah menghilangkan diri dan menemui wang tunai kira-kira RM200 pada pembantu rumah itu.

Majistret Zulyana Zollkapli menjatuhkan hukuman penjara dua hingga enam bulan.- sumber Mstar Online

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments