Pemenang Pakej Perlancongan Dari Portal Tonton

Portal video tempatan nombor satu di Malaysia, Tonton bersama-sama Garnier telah mengumumkan 2 pemenang utama untuk Peraduan ‘Autumn Di Hatiku 2’ & Peraduan Garnier Wasabi ‘Siapakah Adiwira Misteri?’

Peraduan yang berlangsung sepanjang April 2014 lalu menawarkan hadiah pakej pelancongan 4 hari 3 malam ke Korea dan Tokyo untuk setiap kategori.

Pemenang Contest Tonton Autumn Di Hatiku 2Menerusi peraduan yang berkisar siri drama web ‘Autumn Di Hatiku 2’, Nurhazirah Binti Abdul Malik yang berasal dari Perak menerima tajaan pelancongan ke Korea selama 4 hari 3 malam untuk 2 orang.

Hadiah telah disampaikan oleh Afeeza Anwar, Eksekutif Produk Garnier di sebuah acara khas yang diadakan di pejabat L’Oreal Malaysia.

Pemenang Contest Tonton Garnier Wasabi Siapakah Adiwira MisteriManakala Alfian Zaidi Bin Mohamad Yusof menggondol hadiah utama menerusi Peraduan Garnier Wasabi ‘Siapakah Adiwira Misteri?’ dan membawa pulang tajaan pelancongan ke Tokyo selama 5 hari 4 malam.

Pengurus Produk Garnier Men, Farhana Mohd Nasir turut menyampaikan hadiah kepada Alfian dalam acara yang sama.

Layari Tonton – Portal Video Tempatan No. 1 di Malaysia di www.tonton.com.my! Pendaftaran adalah percuma.

Untuk perkembangan terkini, ikuti Tonton menerusi Facebook di www.facebook.com/tontonMY atau Twitter di www.twitter.com/tontonMY.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments