Penyanyi Adam Ahmad Meninggal Dunia

penyanyi adam ahmad meninggal dunia

Takziah buat penyanyi veteran, Adam Ahmad yang cukup popular dengan lagu Kau Pergi Jua yang telah meninggal dunia pukul 12 tengah malam tadi akibat penyakit darah tinggi. Di Hospital Ampang.

Sebelum ini, Allahyarham ditempatkan selama dua minggu di Unit Rawatan Rapi dan menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan umum.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan kira-kira jam 11.15 pagi tadi di Pusara Permai, Taman Bukit Permai, Ampang.

Allahyarham cukup terkenal dengan hasil lirik lagu Janji Manismu, Aisyah dan Teratai Layu Di Tasik Madu, Fauziah Latif.

Al Fatihah dari Hyebro. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments