Personaliti TV Veteran Meninggal Dunia

Personaliti TV Veteran Jamal Muhamad Meninggal DuniaTakziah Hyebro ucapkan kepada personality televisyen veteran, Jamal Muhamad, 75 yang meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi semalam.

Allahyarham terkenal dengan watak speaker melalui program Mini Parlimen ( RTM ).

Allahyarham dikejarkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan mula tidak sedarkan diri ketika di Unit Rawatan Rapi ( ICU ) di Hospital Putrajaya.

Menurut Sheila, anak Allahyarham, ayahnya mengalami masalah pernafasan yang berpunca daripada penyakit ankylosing spondylitis dimana penyakit ini menyebabkan tulang belakang membongkok sehingga menjejaskan paru-paru. Penyakit ini telah dialami sejak 14 tahun lalu.

Apapun, marilah berdoa semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman. Al Fatihah.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments