Program Keagamaan TV3 : Da’i Kembali Untuk Musim Kedua!

Ujibakat Program Da’i
Program keagamaan TV3 yang telah berjaya memartabatkan status pendakwah milenia iaitu Da’i bakal kembali untuk musim kedua!

Da’i merupakan program realiti keagamaan dari TV3 yang mula diperkenalkan pada tahun 2013.

Program realiti ini yang pernah menjadi perhatian masyarakat di Malaysia pada tahun lalu berjaya memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul oleh seorang Da’i di zaman yang penuh cabaran ini.

Malah, bakat yang dilahirkan menerusi program Da’i musim pertama juga berjaya menyerlah.

TV3 berbesar hati untuk sekali lagi mencuri perhatian golongan muda untuk turut serta dalam uji bakat Da’i musim kedua yang akan bermula pada 5 Mei hingga 29 Mei 2014 ini.

Da’i musim kedua yang akan bersiaran pada bulan Ogos 2014 nanti bakal menampilkan pelakon Rosyam Nor sebagai pengacara program.

Sementara itu, juara Da’i musim baru ini bakal memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000. Selain wang tunai, pemenang juga bakal membawa pulang pelbagai hadiah sampingan.

Uji Bakat Da’i

Terbuka kepada lapisan masyarakat yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun, lelaki dan perempuan dan warganegara Malaysia.

Peserta yang menghadiri uji bakat perlu membawa kad pengenalan dan gambar berukuran 4R. Para peserta mestilah fasih berbahasa Melayu dan mereka yang berkebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa adalah satu bonus.

Pertandingan ini terbuka kepada peserta yang mampu menyampaikan ceramah, tazkirah dan pidato serta mempunyai personaliti yang menarik.

Lokasi Uji Bakat Da’i

Para peserta yang berminat untuk menjadi peserta Da’i musim kedua ini, bolehlah menghadiri ke sesi uji bakat yang akan diadakan di lokasi berikut pada jam 9.00 pagi – 5.00 petang.

5 & 6 Mei 2014
Studio TV, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

8 & 9 Mei 2014
Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

12 & 13 Mei 2014
Dewan Kolej Ungku Omar, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

15 & 16 Mei 2014
Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

18 & 19 Mei 2014
‘Student Lounge’, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kota Bharu, Kelantan.

21 & 22 Mei 2014
Dewan Auditorium Perpustakaan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Gong Badak, Kuala Terengganu.

25 & 26 Mei 2014
Bilik Seminar Kolej Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

28 & 29 Mei 2014
Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments