Ruminah Sidek Teruja Akan Bersanding Pertama Kali

Ruminah Sidek berkahwin

 

Mengakui begitu teruja, Ruminah Sidek akhirnya bakal merasai duduk bersanding atas pelamin buat pertama kali.

Ruminah yang merupakan pelakon veteran berkata, perkahwinannya sebelum tidak pernah berpeluang bersanding atas sebab tertentu. Jadi untuk perkahwinannya kali ini, dia menyediakan dua pelamin di hari bahagianya itu.

Ruminah akan bernikah dengan dengan Al-Fatah Rahim Ismail pada 17 Mei ini.

Ujar Ruminah, dua pelamin itu adalah untuk majlis nikah dan resepsi mereka.

Bercerita lanjut, Ruminah berkenalan dengan Al Fatah ketika sama-sama mengerjakan umrah pada Mac lalu. Pasangan itu kemudian mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di Meru, Klang.

Majlis perkahwinan mereka itu nanti akan dibuat secara besar-besaran dan dijangkakan seramai 3000 orang yang akan hadir.

Ruminah juga memberitahu, dia tidak berkecil hati sekiranya ada yang mempertikaikan keputusannya untuk berkahwin jerana percaya, jodoh itu telah ditentukan Allah.

Apapun, tahniah Hyebro ucapkan. Semoga majlis itu berjalan dengan lancar. Insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments