Teater Monodrama Lagenda Dato’ Dol Said

 

Teater Monodrama Legenda Dato’ Dol Said. Kredit Foto : budiey.com
Teater Monodrama Legenda Dato’ Dol Said. Kredit Foto : budiey.com

 

Sebuah pementasan Teater Monodrama Lagenda Dato’ Dol Said akan diadakan Pada 15 Mei hingga 18 Mei 2014 di Auditarium Dewan bahasa Dan Pustaka.

Teater Monodrama Legenda Dato’ Dol Said ini dianjurkan oleh Persatuan Geliga Merah Opera ( GMO) dan Istana Nan Panjang Udang Wilayah Naning dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teater ini akan bermula pada jam 8.30 malam.

Bakal menampilkan lakonan dari Ungku Hariz atau nama sebenarnya Ungku Hariz Faizal Mohamed Fadli yang merupakan bekas peeserta program Pilih Kasih 2. Memegang empat watak berbeza iaitu Dol Said, Gabenor British Tanah Melayu R Ibbetson, isteri Dol Said dan Syed Sya’aban.

Teater ini menggunakan khidmat pengarah Raja Azrey Raja Kamaruzzaman.

Teater ini mengisahkan Dato’ Dol Said dan perjuangan kerajaan Naning Negeri Sembilan sewaktu pemerintahan beliau sehingga telah berlakunya peperangan dengan British yang dinamakan Perang Naning pada tahun 1832.

Pastinya dengan adanya teater seperti ini akan dapat memperkenalkan sejarah dan perjuangan Naning kepada masyarakat muda.

Bagi anda yang ingin menyaksikan dan mendapatkan tiket, boleh didapati dengan harga RM30, RM50 dan RM100 di www.ezitix.net

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments