Teater Muzikal SudirMANIA 28 Mei Di Istana Budaya

Teater Muzikal SudirMANIA. Kredit Foto : budiey.com
Teater Muzikal SudirMANIA. Kredit Foto : budiey.com

Bagi menghargai lagu-lagu Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad, Istana Budaya dengan Revolution Stage bakal mengadakan teater muzikal “SudirMANIA”

Teater Muzikal ini mengisahkan tentang kumpulan remaja dari pelbagai latar, bandar dan kampung yang meminati Sudirman dan mahu pergi ke Konsert Gergasi Sudirman di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Teater ini dipersembahkan dengan berlatarbelakangkan pada tahun 1989.

Ramlan menerima jemputan kahwin dari Zeti yang tinggal di bandar. Zeti akan berkahwin dengan Osman selepas konsert Gergasi tersebut tanpa kerelaannya. Ayah Ramlan, Yusuf mahu ke bandar untuk berjumpa dengan bekas isterinya. Mereka ingin bertemu di Konsert Gergasi tersebut.

Namun, terdapat tiga orang mat ganja yang tinggal di Chow Kit merasakan Konsert itu akan menganggu ketenteraman tanah pusaka mereka. Mereka merancang untuk melalukan kegiatan menyeluk saku di Konsert Gergasi itu nanti.

Khairunazwan Rodzy, pengarah dan penulis skrip berkata SudirMANIA ini mengembalikan lagu-lagu Allahyarham dalam bentuk teater yang berlatarkan Konsert gergasi Chow Kit Road. Menurutnya, pementasan ini diadakan kerana semakin ramai anak muda lupa akan lagu-lagu Allahyarham. – dipetik dari budiey.com

Pelbagai aksi menarik yang akan dipersembahkan. SudirMANIA akan bermula pada 28 Mei hingga 1 Hun 2014 di Lambang Sari, Istana Budaya.

Bagi anda yang ingin menyaksikan, boleh membeli tiket dengan menghubungi Jiggy Wawa di talian 0192177507. Untuk maklumat boleh layari facebook dan twitter Revolution Stage.

Harga tiket boleh didapati dengan harga RM35 dan RM55 sahaja.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments