Telefilem Menarik Sempena Hari Ibu Dan Hari Guru

Sharnaaz-Ahmad

TV9 membawakan dua buah telefilem menarik sempena  Hari Guru dan Hari Ibu. Sempena hari ibu, telefilem “ Rumah Buat Ibuku “ akan ditayangkan pada esok, 12 Mei menerusi Skrin Di 9 yang akan disiarkan pada hari Isnin, jam 8.30 malam.

Menampilkan pelakon Normah Damanhuri dan Sharnaaz Ahmad. Rumah Buat Ibuku mengisahkan Karim, seorang banduan yang telah dibebaskan selepas enam tahun di penjara. Karim melihat rumah ibunya terbakar apabila dia pulang ke rumah untuk mencari ibunya. Bagaimanapun Karim berasa lega apabila mendapat tahu bahawa ibunya, Mak Senah telah dihantar ke rumah orang tua kerana tiada yang menjaganya.

Karim kemudian menemui ibunya semula dan berjanji untuk membina rumah baru untuk ibunya. Namun, kepulangan Karim sebenarnya tidak disukai orang kampung. Pun begitu, Karim tetap nekad untuk menghadiahkan ibunya sebuah rumah baru walapun banyak halangan.

Sempena Hari Guru pada 16 Mei ini pula, telefilem berjudul “Lilinkanlah Aku” bakal ditayangkan pada 19 Mei ini.

Dibarisi pelakon seperti Haliza Misbun, Julia Ziegler, Ika Nabila, Fimie Don, Dato’ Rahim Razali dan Zul Ariffin.

Mengisahkan tentang Cikgu Ahmad, yang pernah menerima anugerah guru cemerlang berasa kecewa dengan sikap Rohaya, anak muridnya yang merupakan anak angkatnya. Rohaya yang berjaya dalam kerjayanya kerana Cikgu Ahmaf mengambil tindakan undang-undang terhadap Izzah, guru dan juga kawan baik kerana telah menampar, Firdaus, anaknya yang sering melanggar peraturan.

Rohaya sebenanrnya tidak mengetahui anaknya itu sering melakukan kejahatan di belakangnya dan menyangka Izzah cemburu dengan kejayaan dan berdendam dengannya.

Cikgu Ahmad juga meminta Rohaya menarik balik saman terhadap Izzah namun Rohaya tetap dengan keputusannya sehingga telah menyebabkan Cikgu Ahmad terluka.

Untuk mengetahui kesudahan dua telefilem ini, jangan lupa saksikan hanya di TV9, jam 8.30 Malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments