Wanita Hari Ini : ‘Mesej Dari Penjara’ Sempena Hari Ibu

Wanita Hari Ini Mesej Dari Penjara Sempena Hari Ibu
Program Wanita Hari Ini (WHI) mengambil inisiatif mengadakan episod istimewa menerusi segmen ‘Mesej Dari Penjara’ sempena Hari Ibu bagi menghargai insan yang bergelar ibu.

Episod istimewa ini yang bersiaran dari Penjara Wanita Kajang dapat mengeratkan lagi pautan kasih sayang antara ibu dan banduan di situ.

Bagi menjayakan episod istimewa tersebut, seramai 13 banduan dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan bagi menemukan banduan dengan si ibu secara bersemuka.

Sejak bulan Oktober 2013, WHI telah bekerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia untuk segmen ‘Mesej Dari Penjara’ dengan membawa banduan wanita ke studio dan berkongsi kisah mereka secara langsung dengan penonton bagaimana mereka terbabit dengan jenayah dan luahan kekesalan atas perbuatan mereka.

Bersiaran dua kali dalam sebulan bermula bulan April 2014, segmen ‘Mesej Dari Penjara’ ini telah menerima sambutan yang positif dalam kalangan penonton WHI.

Dengan adanya episod istimewa menerusi segmen ‘Mesej Dari Penjara’ sempena Hari Ibu ini, banduan wanita dari Penjara Wanita Kajang juga turut berkesempatan menyempurnakan impian mereka dengan memeluk dan mencium ibu mereka bagi melepaskan rindu setelah dipisahkan oleh pagar besi.

Sidang produksi yang bertanggungjawab mengendalikan penerbitan WHI dibarisi oleh Puan Siti Hatija Yusof (Pengurus Program Wanita & Projek Khas, Primeworks Studio), Puan Kalijahwati Kassim sebagai Penerbit Eksekutif dan Hasfizza Sabjahan selaku penerbit dan pengacara siaran ditemani Azizah Ariffin dan Hazrena Mohamed Kassim yang juga pengacara siaran pada hari ini.

Untuk rujukan terbaik bagi kaum wanita, ibu, suri rumah dan perancang keluarga, jangan lupa saksikan Wanita Hari Ini (WHI) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang di TV3!

Bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments